Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2013

Monday, September 24, 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2013


PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik BAGI TAHUN 2014, SILA KLIK DISINI

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013

Untuk perhatian pelajar yang layak, permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 akan dibuka mulai 24 September 2012 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Disember 2012.

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:

    i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

 Untuk tujuan permohonan secara online, sila klik disini


Maklumat Permohonan Kemasukan

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web, KLIK DISINI atau;
    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

Untuk mengetahui senarai Sekolah dan Kolej boleh klik disini.
KEMASKINI.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini