Seramai lebih 40 orang wakil guru-guru dari SMK Jengka 2 telah membuat lawatan penanda aras ke SMK Kijal,Terengganu pada 9 APRIL 2017 ( AHAD ).
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kejayaan dan kecemerlangan SMK Kijal yang diwartakan sebagai "Sekolah Amanah" yang berkonsepkan pendidikan Abad 21.
Pelbagai ilmu dapat dipelajari dan dibawa pulang untuk dimanfaatkan bersama warga SMK Jengka 2 semasa lawatan tersebut.