February 2018

Monday, February 26, 2018

PELANCARAN NILAM DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA KGKT

































 


    Pada tarikh 26 Februari 2018, Isnin, telah berlangsung dua acara besar semasa majlis perhimpunan rasmi diadakan.

PELANCARAN NILAM 2018
   Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Razif bin Abdul Razak, Guru Penolong Kanan 1 SMK Jengka 2 bertempat di Dataran Jaya.

Objektif program NILAM:

  • Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.
  • Menyediakan murid Malaysiauntuk menjawab soalan yang menguji pemikran aras tinggi (KBAT) dan menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan menilai melalui aktiviti pengayaan.
  • Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan programdan aktiviti membaca merentasi kurikulum.  
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AHLI KGKT
   Penyampaian cenderahati ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKJ2 sebagai tanda penghargaan dan meraikan hari lahir para guru. Majlis pada pagi ini khusus untuk meraikan hari lahir para guru yang jatuh pada bulan Januari dan Februari.



SehatiMenelusuriKecemerlanganJuara2

J2SS

Thursday, February 22, 2018

ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2018





     Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan selama dua (2) hari bertempat di Dewan Al-Kindi SMKJ2 iaitu bermula pada tarikh 2 Januari hingga 3 Januari 2018. Selama dua hari tersebut pelajar tingkatan 1 didedahkan dengan persekitaran baharu dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh mereka sepanjang bergelar pelajar SMK Jengka 2. 

    Program Orientasi pelajar Tingkatan 4 pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 4 Januari dan berlangsung ditempat yang sama iaitu di Dewan Al-Kindi.   

#SehatiMenelusuriKecemerlanganJuara2
#J2SS

Wednesday, February 21, 2018

Wednesday, February 14, 2018