April 2017

Monday, April 10, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU KE SMK KIJAL,TERENGGANU



Seramai lebih 40 orang wakil guru-guru dari SMK Jengka 2 telah membuat lawatan penanda aras ke SMK Kijal,Terengganu pada 9 APRIL 2017 ( AHAD ).
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kejayaan dan kecemerlangan SMK Kijal yang diwartakan sebagai "Sekolah Amanah" yang berkonsepkan pendidikan Abad 21.
Pelbagai ilmu dapat dipelajari dan dibawa pulang untuk dimanfaatkan bersama warga SMK Jengka 2 semasa lawatan tersebut.










MAJLIS BACAAN YAASIN DAN MAJLIS PERPISAHAN GPK PENTADBIRAN



 Ucapan terakhir Ustaz Darussalam buat anak-anak didik di smk Jengka 2



Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Haji Darussalam bin Taib kerana telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Selancar.

Berkhidmat di SMK Jengka 2 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang sangat dedikasi.

Segala jasa,budi dan bakti di SMK Jengka 2 sangat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.
Ustaz yang disayangi dan dihormati oleh pelajar dan guru-guru di SMK Jengka 2.
Semoga terus cemerlang dan berjaya berkhidmat di tempat baru.