July 2012

Monday, July 16, 2012

Friday, July 13, 2012

38,549 lepasan STPM, matrikulasi ditawar ke IPTA



PUTRAJAYA 13 Julai - Sejumlah 38,549 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi ditawarkan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa berkata, berdasarkan jumlah itu, 21,959 orang (57 peratus) adalah terdiri daripada aliran Sains dan 16,590 (43 peratus) pula daripada aliran Sastera.

"Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak hari ini mulai jam 12 tengah hari melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

"Semakan juga boleh melaui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


Tahniah kepada semua yang berjaya!!


Wednesday, July 11, 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf sesi 2012/2013



BAGI SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA UNTUK LEPASAN STPM, ANDA MULA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN MULAI: 

JUMAAT
(13 JULAI 2012)
MULAI JAM 12 TENGAH HARI

CARA SEMAKAN:

1. Menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) :  UPU RESULT (no KP) dan SMS ke  15888

2. Menerusi Laman Web :  http://upu.mohe.gov.my/

3. Menerusi Talian Hotline:  03-8870 6767


sumber: Harian Metro





.

Tuesday, July 10, 2012

SAINS TINGKATAN 3


M/P: SAINS TINGKATAN 3
GURU: CIK FATIMAH AINI

Biodata.

*Mengajar di SMK Jengka 2 sejak tahun 2000.

*Lepasan UKM dan KPLI di Maktab Batu Pahat BBA(H) Finance

*Mengajar sains Ting 2 dan 3 pada tahun 2012.


Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Pada bulan JANUARI mula buat ulangkaji topik Tingkatan 1

2. Bulan MAC dan APRIL ulangkaji topik Tingkatan 2

3. Soalan² latihan disediakan dan diedarkan kepada pelajar.Tindakan sususlan diambil..Pelajar lemah diajar secara berulang ulang sampai dapat.

4. Dalam kelas mengajar seperti yang dirancang dalam RPH Tingkatan 3.

5. Latihan atau penilaian kepada pelajar selalu dinilai dan disemak.

6. Buat latihan dari awal teknik menjawab soalan kertas 2 PMR.

7. Bantu pelajar supaya dapat markah soalan 7 dan 8 (Soalan jenis eksperimen kemahiran Proses Sains)

PERKONGSIAN PINTAR MATEMATIK



M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: CIK NUR FADHILAH BINTI JUSOH

Biodata.

*Mengajar di SMK Jengka 2 bermula 1/4/2006 dan sebelum ini mengajar di SMK Kg Awah pada 16/9/2003.

*KPLI di Maktab Perguruan K.Terengganu, Batu Rakit pada 2002/2003 dalam Matematik/Matematik Tambahan.

*BSc (Hons) Statistik (UKM)

Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Kelas 3A dan 3B digabungkan dan mewujudkan 2 kumpulan pelajar lelaki dan  
    perempuan untuk di kelas Tambahan

2. Malam selasa - di ASPURI dan malam khamis - di ASPURA, sesi ulangkaji form  
    1,2.

3. Bulan 6 mesti habiskan sukatan, selepas itu tumpukan kepada latih tubi PMR  
   Amalana...Ajar...Tulis...Padam...Buat Semula..

4. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekan pada kertas 1 sehingga
    mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2

5. Menanda dan menyemak kerja latihan pelajar adalah tugas wajib.Pelajar diberi
    ganjaran atau hadiah yang boleh mendatangkan keteguhan dan minat    
   mereka.Ada senarai semak yang dilantik dikalangan pelajar

PERKONGSIAN PINTAR MATEMATIK TINGKATAN 3


M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: PN NURHAYATI BIN ABDUL RAHMAN

Biodata

Mengajar Matematik di SMK Jengka 2 sejak tahun 2005
Lepasan Dip.ED MPKTBR
Sekarang mengajar Kelas 2 Alpha, 2 Dedikasi, 4 Alfa, 5 Alfa dan 5 Beta.


Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Matematik Ting.3 kekuatan berada dalam kertas 2. Tajuk² utama adalah:
  a) Directed Number (Soalan no.1 & 2 dalam kertas 2) 
  b) Square Root & Cube Root, Square, Cube (Soalan No.3 dalam Kertas 2)
  c) Loci
  d) Geometrical Construction
  e) Statistic
  f) Graph Function

2. Sukatan pelajaran pada Jun sudah mencapai 3/4 dilaksanakan

3. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekankan pada kertas 1 sehingga   
    mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2.

4. Semasa membuat penilaian kertas kerja latihan murid...
  a) Catatkan nama pelajar yang bermasalah untuk tindakan susulan
  b) Latihan yang diberi kepada pelajar berfokuskan masalah yang dikenalpasti
  c) Ujian dibuat selepas tamat sesuatu topic

5.  Menanda buku latihan dan kerja rumah pelajar mesti menjadi satu keutamaan  
    selain dari P&P.

6. Bilangan soalan yang dibekalkan kepada pelajar² "lebih daripada cukup"

7. Risik pelajar juga penting dalam cara nak tackle mereka

8. Nama pelajar mesti ingat.Ia umpama "tali" yang menghubungkan mereka.. 

Wednesday, July 4, 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2013/2014






Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm


sumber:Kementerian Pelajaran Malaysia