Home » Archives for September 2012
Thursday, September 27, 2012
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk Tahun 2013 akan mula dibuka pada 1 Oktober 2012.
Pemohon boleh membaca iklan kemasukan di laman web http://www.mara.gov.my ataupun dengan cara klik DISINI
Untuk tujuan permohonan secara atas talian, anda boleh terus ke pautan permohonan dengan cara klik DISINI
Tarikh akhir permohonan secara atas talian adalah pada 19 Oktober 2012
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya 26 Oktober 2012.
Pemohon boleh mula menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Febuari 2013. Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
sumber: http://www.mara.gov.my
Kemaskini.
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini.
Monday, September 24, 2012
Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2013
September 24, 2012 SMK Jengka 2
PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik BAGI TAHUN 2014, SILA KLIK DISINI
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013
Untuk perhatian pelajar yang layak, permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 akan dibuka mulai 24 September 2012 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Disember 2012.
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:
i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
Untuk tujuan permohonan secara online, sila klik disini
Maklumat Permohonan Kemasukan
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
i. Atas talian (online) dengan melayari laman web, KLIK DISINI atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
i. Sihat tubuh badan
ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
Untuk mengetahui senarai Sekolah dan Kolej boleh klik disini.
KEMASKINI.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini
Sumber: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
2012 / 2013 / atas talian / kemasukan / keputusan / kolej vokasional / moe / pelajar / permohonan / PMR / semakan / SM Teknik / smk jengka 2 / smkj2 / smkjengka2 / teknik dan vokasional / votek
Tuesday, September 4, 2012
2012 / peperiksaan / smk jengka 2 / smkj2 / smkjengka2 / SPM / tingkatan 5
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)