SEJARAH

SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN


  Pada 1 Januari  1973 SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Kini SMK Jengka 2 merupakan sekolah tertua di Felda Wilayah JENGKA. Sekolah ini pernah muncul sebagai sekolah terbaik dalam kurikulum dan ko kurikulum di peringkat daerah Maran khususnya  dan juga negeri Pahang amnya pada era 1990-an.

   SMK Jengka 2 merupakan sekolah Gred A (Kategori Luar Bandar) dengan mempunyai jumlah pelajar seramai 1221 orang dan jumlah gurunya seramai 110 orang (berdasarkan anggaran belanjawan mengurus 2010). Ia muncul sebagai sekolah terbesar di Daerah Maran yang agak kompleks sifatnya. Sekolah ini mempunyai 44 kelas yang beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah satu sesi.44 kelas tersebut ia terdiri daripada 2 kelas pendidikan khas, 1 kelas peralihan, 113 kelas menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3), 18 kelas tingkatan 4 dan 5, 9 kelas tingkatan 6 dan 2 kelas MPV. Selain itu sekolah ini juga mempunyai 8 kelas sains tulen yang diletakkan di bawah projek khas Kementerian Pelajaran dan FELDA iaitu Pusat Pembelajaran Sains Sekolah Berasrama di Felda bermula tahun 2008. 

    SMK Jengka 2 merupakan anatara 14 buah sekolah di malaysia yang dipilih sebagai sekolah PPS.Ia menempatkan seramai 220 pelajar aliran sains tulen di seluruh daerah Maran yang berpencapaian sederhana (C+C+C) dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di peringkat PMR untuk diberikan peluang berada di aliran sains tulen. Pada tahun 2010, anggaran pelajar sederhana yang ditempatkan di PPS SMK Jengka 2 adalah seramai 220 orang, tambahan 120 pelajar tingkatan 4, sesi 2010.

   Selain itu sekolah ini juga mempunyai kelas tingkatan 6 iaitu sebanyak 9 kelas termasuk 1 kelas 6 rendah aliran sains yang telah diluluskan pembukaannya mulai ABM 2010. Ia menampung pelajar pasca SPM dari sekolah feeder iaitu SMK Jengka 6 dan  SMK Jengka 21. Pada era 1990-an kecemerlangan akademik  STPM sekolah ini muncul sebagai yang terbaik di negeri Pahang. Pada masa kini usaha untuk memperkasa semula tingkatan 6 sedang giat dijalankan.
   Sebagai sekolah ”primer Felda” ia mempunyai kemudahan yang agak  lengkap seperti asrama, dewan sekolah, makmal sains dan komputer, pusat akses sekolah, pusat sumber sekolah, bengkel Kemahiran Hidup dan Bengkel MPV, bilik kuliah dan juga 5 blok bangunan yang memuatkan 46 bilik darjah.

   Daripada segi enrolmen terdapat 1221 orang pelajar yang terdiri daripada anak dan cucu peneroka di Felda Jengka 2, Jengka 3 dan Felda Ulu Jempol. Selain itu ia juga menampung pelajar dari kampung tradisional Kuala Sentul Maran, pelajar cina dari pekan Sungai Jerik dan juga pelajar India dari estet Chenor. Oleh sebab itu enrolmen pelajar sekolah ini adalah bersifat multiracial dan amat sesuai untuk menjayakan konsep ”ONE MALAYSIA”.