JAMUAN PERPISAHAN

Monday, March 5, 2018

JAMUAN PERPISAHAN















   Pada tarikh 2 Mac 2018, bertempat di kantin sekolah SMK Jengka 2, telah berlangsung satu majlis untuk meraikan dua orang guru yang bertukar dari SMK Jengka 2 ke SMK Jengka 12 dan ke SMK Jengka 6. Insan yang dimaksudkan ialah EN. ROSMAWI BIN HASSAN dan UST. AIDUDDIN BIN MD. DAUD.

  Perpindahan dua orang guru ini memberi impak yang besar kepada sekolah kerana mereka berdua telah lama menabur bakti di sekolah ini. 

   En. Rosmawi bin Hassan telah memulakan khidmat baktinya di SMK Jengka 2 bermula pada tahun 1998 hingga 2017. Jangka masa 19 tahun itu bukanlah satu jangka masa yang sekejap. Banyak jasa telah beliau sumbangkan ke arah memacu kecemerlangan SMK Jengka 2 khususnya dalam bidang kokurikulum. 

   Seorang lagi insan yang kehilangannya amat dirasai oleh warga sekolah iaitu Ustaz Aiduddin bin Md. Daud. Beliau telah mula berkhidmat di SMK Jengka 2 pada tahun 2009 setelah berpindah dari negeri Perak darul Ridzuan. Seorang insan yang lembut tutur katanya namun penuh berhikmat, seorang yang selalu diberi kepercayaan untuk mengetuai bacaan doa untuk majlis-majlis rasmi sekolah dan antara guru yang selalu memberi tazkirah untuk memastikan pelajar SMK Jengka 2 terpuji sahsiahnya.
   
   Namun, kata orang setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada tahun 2017 merupakan tahun terakhir dua insan ini menabur khidmat bakti di SMK Jengka 2. En. Rosmawi bin Hassan telah berpindah ke SMK Jengka 10 manakala Ust. Aiduddin bin Daud telah berpindah ke SMK Jengka 6. Sungguhpun, berat hati untuk melepaskan dua insan hebat ini, namun kami terpaksa dengan kehendak jabatan.


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan

Ambilkan kami buah Delima, 
Masak sebiji di balik daun; 

Budi tuan kami terima, 
Jadi kenangan bertahun-tahun. 


Burung Kedidi disambar Helang,
Bawa naik ke pokok tinggi,
Budi tuan mana nak hilang,
Sudah mesra di dalam hati.