PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)

Wednesday, August 2, 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)











                Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 merupakan sekolah induk bagi pusat pembelajaran Sains dalam daerah Maran. antara faktor SMK Jengka 2 dipilih dalam PPS kerana memmiliki kemudahan pembelajaran yang baik seperti asrama serta bilik darjah yang selesa dan mencukupi. 

               Selain SMK Jengak 2,Maran terdapat juga sekolah menengah yang dipilih menyertai PPS antaranya ialah Sekolah Menengah Jengka 12 dan SMK KUala Repas,Bentong, SMK Batu 8 Lepar,Pekan, SMK Pontian Jaya,Rompin dan SMK Purun di Bera.

               Seramai 23 orang guru yang menjadi tulang belakang dan memikul tanggungjawab mengukir kegemilangan pelajar-pelajar dalam bidang Sains. Pelbagai program dilaksanakan bagi meraih kecemerlangan dan memastikan pdpc yang berasaskan sistem abad 21. 
               
               Pelajar yang terpilih ini juga sentiasa dipantau  dan dijadikan projek perintis bagi menjamin kemajuan dalam sistem pendidikan.Guru-guru yang berdedikasi adalah penyumbang terbesar bagi melakar kejayaan pelajar-pelajar PPS.