PERKONGSIAN PINTAR SAINS & MATEMATIK

Tuesday, March 6, 2012

PERKONGSIAN PINTAR SAINS & MATEMATIK


PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA TEAM SAINS DAN MATEMATIK DALAM MEMBURU KEJAYAAN AKADEMIK SMK JENGKA 2

M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: PN NURHAYATI BIN ABDUL RAHMAN

Biodata
Mengajar Matematik di SMK Jengka 2 sejak tahun 2005
Lepasan Dip.ED MPKTBR
Sekarang mengajar Kelas 2 Alpha, 2 Dedikasi, 4 Alfa, 5 Alfa dan 5 Beta.

Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Matematik Ting.3 kekuatan berada dalam kertas 2. Tajuk² utama adalah:
  a) Directed Number (Soalan no.1 & 2 dalam kertas 2) 
  b) Square Root & Cube Root, Square, Cube (Soalan No.3 dalam Kertas 2)
  c) Loci
  d) Geometrical Construction
  e) Statistic
  f) Graph Function

2. Sukatan pelajaran pada Jun sudah mencapai 3/4 dilaksanakan
3. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekankan pada kertas 1 sehingga   
    mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2.
4. Semasa membuat penilaian kertas kerja latihan murid...
  a) Catatkan nama pelajar yang bermasalah untuk tindakan susulan
  b) Latihan yang diberi kepada pelajar berfokuskan masalah yang dikenalpasti
  c) Ujian dibuat selepas tamat sesuatu topik
5.  Menanda buku latihan dan kerja rumah pelajar mesti menjadi satu keutamaan  
    selain dari P&P.
6. Bilangan soalan yang dibekalkan kepada pelajar² "lebih daripada cukup"
7. Risik pelajar juga penting dalam cara nak tackle mereka
8. Nama pelajar mesti ingat.Ia umpama "tali" yang menghubungkan mereka.. 





M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: CIK NUR FADHILAH BINTI JUSOH

Biodata.
*Mengajar di SMK Jengka 2 bermula 1/4/2006 dan sebelum ini mengajar di SMK Kg Awah pada 16/9/2003.
*KPLI di Maktab Perguruan K.Terengganu, Batu Rakit pada 2002/2003 dalam Matematik/Matematik Tambahan.
*BSc (Hons) Statistik (UKM)

Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Kelas 3A dan 3B digabungkan dan mewujudkan 2 kumpulan pelajar lelaki dan perempuan untuk di kelas Tambahan
2. Malam selasa - di ASPURI dan malam khamis - di ASPURA, sesi ulangkaji form 1,2.
3. Bulan 6 mesti habiskan sukatan, selepas itu tumpukan kepada latih tubi PMR Amalana...Ajar...Tulis...Padam...Buat Semula..
4. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekan pada kertas 1 sehingga mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2
5. Menanda dan menyemak kerja latihan pelajar adalah tugas wajib.Pelajar diberi ganjaran atau hadiah yang boleh mendatangkan keteguhan dan minat mereka.Ada senarai semak yang dilantik dikalangan pelajar



M/P: SAINS TINGKATAN 3
GURU: CIK FATIMAH AINI

Biodata.
*Mengajar di SMK Jengka 2 sejak tahun 2000.
*Lepasan UKM dan KPLI di Maktab Batu Pahat BBA(H) Finance
*Mengajar sains Ting 2 dan 3 pada tahun 2012.

Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Pada bulan JANUARI mula buat ulangkaji topik Tingkatan 1
2. Bulan MAC dan APRIL ulangkaji topik Tingkatan 2
3. Soalan² latihan disediakan dan diedarkan kepada pelajar.Tindakan sususlan diambil..Pelajar lemah diajar secara berulang ulang sampai dapat.
4. Dalam kelas mengajar seperti yang dirancang dalam RPH Tingkatan 3.
5. Latihan atau penilaian kepada pelajar selalu dinilai dan disemak.
6. Buat latihan dari awal teknik menjawab soalan kertas 2 PMR.
7. Bantu pelajar supaya dapat markah soalan 7 dan 8 (Soalan jenis eksperimen kemahiran Proses Sains)