smk jengka 2

Showing posts with label smk jengka 2. Show all posts
Showing posts with label smk jengka 2. Show all posts

Monday, April 10, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU KE SMK KIJAL,TERENGGANU



Seramai lebih 40 orang wakil guru-guru dari SMK Jengka 2 telah membuat lawatan penanda aras ke SMK Kijal,Terengganu pada 9 APRIL 2017 ( AHAD ).
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kejayaan dan kecemerlangan SMK Kijal yang diwartakan sebagai "Sekolah Amanah" yang berkonsepkan pendidikan Abad 21.
Pelbagai ilmu dapat dipelajari dan dibawa pulang untuk dimanfaatkan bersama warga SMK Jengka 2 semasa lawatan tersebut.










MAJLIS BACAAN YAASIN DAN MAJLIS PERPISAHAN GPK PENTADBIRAN



 Ucapan terakhir Ustaz Darussalam buat anak-anak didik di smk Jengka 2



Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Haji Darussalam bin Taib kerana telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Selancar.

Berkhidmat di SMK Jengka 2 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang sangat dedikasi.

Segala jasa,budi dan bakti di SMK Jengka 2 sangat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.
Ustaz yang disayangi dan dihormati oleh pelajar dan guru-guru di SMK Jengka 2.
Semoga terus cemerlang dan berjaya berkhidmat di tempat baru.

Tuesday, March 7, 2017

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN ANUGERAH NILAM


Guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam pelancaran NILAM 
bergambar bersama barisan pentadbir

Gimik pelancaran NILAM yang di ketuai oleh Puan Manisah bt Abd Manan

Pelajar menyerahkan payung kepada pengetua yang tertera tulisan " Pelancaran NILAM "sebagai simbolik semasa majlis pelancaran.




Pelancaran program NILAM yang dirasmikan oleh 
Pengetua Sekolah Hajah Saimah binti Hassan

 
Pemenang pembaca buku terbanyak bagi tahun 2016
( 350 buah buku ) iaitu Khairunnisa bt Mani dari kelas 2 Terkis menerima hadiah sebuah Basikal

Pemenang bergambar bersama Pentadbir dan Cikgu Intan Shuhada Bt Masri selaku guru Perpustakaan dan Media.

Monday, February 27, 2017

PASUKAN BOLA SEPAK SMKJ2 MELAKAR KEJAYAAN CEMERLANG


Pasukan Bola Sepak Smkj2 2017 

Ahli pasukan bergambar kenangan sebelum beraksi di padang.


Kompleks Sukan Bandar Jengka sebagai medan pertempuran melayakkan pasukan 
ini bergelar juara peringkat Daerah..Syabas!!!

"Smkj2 juara bertahan " berkongsi kegembiraan bersama PPD Maran,
GPK Kurikulum dan GPK Kokurikulum

Menerima sijil penghargaan daripada PPD Maran ..Tahniah diucapkan


En.Hassan Sanusi bin Hassan selaku guru penasihat dan 'tulang belakang' pasukan Bola Sepak Smkj2
menerima Piala Juara untuk tahun 2017..Syabas dan tahniah cikgu Hassan dan 
guru-guru yang terlibat dalam kejohanan Bola Sepak tahun ini.

Tahniah di atas pengorbanan guru2 dan pemain yang berusaha keras
dalam meraih kejayaan ini...

"SMKJ2 SENTIASA JUARA"

Thursday, February 16, 2017

KEJAYAAN ANAK-ANAK FELDA SMKJ2


 Tahniah dan syabas kepada Nurul Aina Syafiqah  dari kelas 5 Beta
kerana mendapat tempat ke 2 peringkat Negeri dalam acara permainan catur .
Melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

"Pahang age group chess championship "

Mohd.Isyraf bin Khairul Zamzuri dari kelas 3 Dahlia mendapat
 tempat ke 6 peringkat Negeri Pahang


Nor Farahin Izzati bt Ruzlan dari kelas 3 Mawar berjaya mendapat 
tempat ke 4 dalam kejuaraan Ping Pong peringkat Daerah. Beliau akan
meneruskan perjuangan ke peringkat Negeri ( MSSP ) di Cameron Highland, Pahang.


 Mohd Hakimi bin Azman dari kelas 5 Beta berjaya melayakkan diri 
ke peringkat Negeri dalam acara Ping Pong.
Bakal berentap peingkat MSSP di Cameron Highland Pahang.

GPK kokurikulum iaitu En.Rosmawi bin Hassan menyarungkan medal 
sebagai penghargaan kepada peserta.

SMKJ2
....Pencetus kejayaan pelajar...
"cemerlang akademik dan cemerlang Kokurikulum"

Wednesday, February 15, 2017

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR MSSD MARAN TAHUN 2017


Pasukan Bola Tampar Smkj2 berjersi biru sedang menyusun strategi bagi 
memastikan kejuaraan milik mereka.


Pasukan perempuan team B bawah 15 tahun


Pasukan Team B sedang memulakan aksi di pentas perlawanan dengan penuh semangat.

Pasukan bola tampar  Team A bawah 17 tahun bergambar kenangan bersama jurulatih hebat Smkj2
iaitu En.Mohd Hamka bin Hj.Mohd Nasir dan En.Azrol Farham bin Ab Aziz

Jurulatih sedang membakar semangat para pemain bagi memastikan pemain sentiasa
beraksi dengan penuh semangat.
GPK kurikulum iaitu Tuan Haji Darussalam bin Haji Taib turut sama turun padang 
untuk memberi motivasi kepada para pemain.

Aksi seorang jurulatih dan Pentadbir bagi memastikan kejuaraan berpihak kepada Team Smkj2


Jurulatih sedang mengatur strategi bersama para pemain

En.Mat Nasir bin Mat Ja'eb selaku setiausaha kokurikulum sekolah 
merupakan 'orang kuat' bagi  mengurus dan memastikan aktiviti kokurikulum 
di sekolah berjalan lancar.

En.Nor Khairi bin Talib menerima penghargaan daripada Pengetua

Pengetua Smkj2 menyampaikan sijil penghargaan kepada pemenang


Barisan pentadbir yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Mereka adalah pemimpin hebat selaku 'Tulang Belakang' bagi semua aktiviti di sekolah.


Suasana sekitar aksi perlawanan sedang berlangsung di gelanggang bola tampar
sekolah.

Pasukan lawan dari sekitar sekolah daerah Maran sedang beraksi lincah di 
atas gelanggang.


Pasukan Team A smkj2 sedang berentap di atas gelanggang.


Suasana sekitar perlawanan sedang berlangsung.


Pasukan perempuan beraksi di gelanggang Bola Tampar di asrama Smkj2


Bergambar kenangan dengan pasukan dari sekolah lain setelah tamat perlawanan.
Sekalung Tahniah diucapkan 
kepada para pemain kerana berjaya mendapat 

tempat ke 3 bagi pasukan Team A lelaki 
dan
 tempat ke 4 bagi pasukan Team B perempuan.

Antara pemain yang terpilih ke MSSP di Raub:

1. Ahmad Husaini bin Baharuddin ( 5 Beta )
2. Amirul Hakimi bin Zamri ( 5 Alfa )
3. Mohd.Danial Haikal bin Khairul Anuar ( 4 Sigma )
4. Anis Anisa bt.Ishak ( 3 Mawar )
5. Nur Amalina bt. Kamal (4 Beta )

Tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih yang telah berusaha keras 
melatih para pemain handalan Smkj2.

"SMKJ2 selaku Tuan Rumah Perlawanan Bola Tampar ( MSSD Maran ) Tahun 2017"

Tahniah dan Syabas SMKJ2..!
"terus maju dan cemerlang"