LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )

Tuesday, March 7, 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )

Tarikh : 25 Februari 2017
Tempat : Dewan Kuliah SMKJ2
Hari  : Sabtu
Masa  : 8.30 am 
Tajuk Ladap : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke 2 ( SKPMg2 )
Penceramah : Hajjah Saimah binti Hassan ( Pengetua SMKJ2 )


Cabaran semakin besar dalam menelusuri arus kemodenan sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai pendidik perlu akur dan jitu dalam menghadapi perkembangan teknologi dalam sistem pendidikan abad ke 21 ini. 

Bagi menyahut cabaran-cabaran tersebut, para pendidik perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang mantap. Pelbagai program perlu dianjurkan agar guru-guru mendapat peluang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Program LADAP merupakan salah satu platform bagi guru-guru menambahkan ilmu berkaitan bidang tugas yang mereka ceburi. Melalui program ini maka dapatlah berkongsi pengetahuan dan ilmu berguna demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan terbaik serta cemerlang untuk anak bangsa.




Barisan guru-guru yang sangat komited sedang menyertai program Ladap

Tuan Haji Darulsalam bin Hj Taib Selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah

komitmen dan ketekunan guru semasa menghadiri kursus

Barisan Pentadbir sekolah turut serta dalam kursus LADAP