instagram smkjengka2official

Showing posts with label instagram smkjengka2official. Show all posts
Showing posts with label instagram smkjengka2official. Show all posts

Monday, April 10, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU KE SMK KIJAL,TERENGGANU



Seramai lebih 40 orang wakil guru-guru dari SMK Jengka 2 telah membuat lawatan penanda aras ke SMK Kijal,Terengganu pada 9 APRIL 2017 ( AHAD ).
Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kejayaan dan kecemerlangan SMK Kijal yang diwartakan sebagai "Sekolah Amanah" yang berkonsepkan pendidikan Abad 21.
Pelbagai ilmu dapat dipelajari dan dibawa pulang untuk dimanfaatkan bersama warga SMK Jengka 2 semasa lawatan tersebut.










MAJLIS BACAAN YAASIN DAN MAJLIS PERPISAHAN GPK PENTADBIRAN



 Ucapan terakhir Ustaz Darussalam buat anak-anak didik di smk Jengka 2



Sekalung tahniah dan penghargaan buat Tuan Haji Darussalam bin Taib kerana telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Selancar.

Berkhidmat di SMK Jengka 2 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang sangat dedikasi.

Segala jasa,budi dan bakti di SMK Jengka 2 sangat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.
Ustaz yang disayangi dan dihormati oleh pelajar dan guru-guru di SMK Jengka 2.
Semoga terus cemerlang dan berjaya berkhidmat di tempat baru.

Tuesday, March 7, 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP )



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )

Tarikh : 25 Februari 2017
Tempat : Dewan Kuliah SMKJ2
Hari  : Sabtu
Masa  : 8.30 am 
Tajuk Ladap : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke 2 ( SKPMg2 )
Penceramah : Hajjah Saimah binti Hassan ( Pengetua SMKJ2 )


Cabaran semakin besar dalam menelusuri arus kemodenan sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai pendidik perlu akur dan jitu dalam menghadapi perkembangan teknologi dalam sistem pendidikan abad ke 21 ini. 

Bagi menyahut cabaran-cabaran tersebut, para pendidik perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang mantap. Pelbagai program perlu dianjurkan agar guru-guru mendapat peluang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Program LADAP merupakan salah satu platform bagi guru-guru menambahkan ilmu berkaitan bidang tugas yang mereka ceburi. Melalui program ini maka dapatlah berkongsi pengetahuan dan ilmu berguna demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan terbaik serta cemerlang untuk anak bangsa.




Barisan guru-guru yang sangat komited sedang menyertai program Ladap

Tuan Haji Darulsalam bin Hj Taib Selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah

komitmen dan ketekunan guru semasa menghadiri kursus

Barisan Pentadbir sekolah turut serta dalam kursus LADAP 

Monday, February 27, 2017

PASUKAN BOLA SEPAK SMKJ2 MELAKAR KEJAYAAN CEMERLANG


Pasukan Bola Sepak Smkj2 2017 

Ahli pasukan bergambar kenangan sebelum beraksi di padang.


Kompleks Sukan Bandar Jengka sebagai medan pertempuran melayakkan pasukan 
ini bergelar juara peringkat Daerah..Syabas!!!

"Smkj2 juara bertahan " berkongsi kegembiraan bersama PPD Maran,
GPK Kurikulum dan GPK Kokurikulum

Menerima sijil penghargaan daripada PPD Maran ..Tahniah diucapkan


En.Hassan Sanusi bin Hassan selaku guru penasihat dan 'tulang belakang' pasukan Bola Sepak Smkj2
menerima Piala Juara untuk tahun 2017..Syabas dan tahniah cikgu Hassan dan 
guru-guru yang terlibat dalam kejohanan Bola Sepak tahun ini.

Tahniah di atas pengorbanan guru2 dan pemain yang berusaha keras
dalam meraih kejayaan ini...

"SMKJ2 SENTIASA JUARA"