MAJLIS AMBANG AIDILFITRI

Thursday, August 3, 2017

MAJLIS AMBANG AIDILFITRI


















Majlis ambang Aidilfitri akan disambut setiap tahun bertujuan untuk meraikan guru-guru dan para pelajar islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bersempena majlis ini turut dimeriahkan dengan aktiviti yang lain,antaranya ialah :
 1. Majlis Khatam Al Quran
2. Sumbangan Duit raya 
3.Ceramah
4.Majlis bermaafan

Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput penceramah luar bagi menyampaikan ceramah sempena kedatangan bulan Syawal.

Majlis khatam Al Quran disertai oleh guru dan pelajar-pelajar yang mengikuti majlis tadarus al quran di sepanjang bulan Ramadhan.

Sepanjang bulan Ramdhan juga, unit kerohanian mengadakan kutipan derma dari pelajar dan guru-guru bertujuan untuk disumbangkan kepada pelajar yang lebih memerlukan. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka dan memberi keceriaan menyambut Aidilfitri.

'smkj2 sentiasa prihatin"