tingkatan 1

Showing posts with label tingkatan 1. Show all posts
Showing posts with label tingkatan 1. Show all posts

Wednesday, February 8, 2017

Monday, December 16, 2013

TARIKH PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2014 DI SMK JENGKA 2



PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014


PERKARA: PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2, 3, 4, 5 DAN 6.
TARIKH : 31 DISEMBER 2013
HARI: SELASA
MASA: 8:30 PAGI


PERKARA: PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1
TARIKH : 1 JANUARI 2014
HARI: RABU
MASA: 8:00PG - 12:00 TGH
TEMPAT: KANTIN SEKOLAH

PERKARA: PENDAFTARAN ASRAMA TINGKATAN 2,3,4,5 DAN 6
TARIKH: 1 JANUARI 2014
HARI: RABU
MASA: 8:00PG - 12:00TGH
TEMPAT: ASRAMA SMK JENGKA 2

PERKARA: PENDAFTARAN ASRAMA TINGKATAN 1
TARIKH: 1 JANUARI 2014
HARI: RABU
MASA: 2:30PTG - 4:30 PTG
TEMPAT: ASRAMA SMK JENGKA 2




Thursday, October 17, 2013

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014



TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, March 11, 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2013




Kepada semua pelajar yang memohon untuk memasuki MRSM, semakan ke Maktab Rendah Sains Mara untuk pengambilan 2013 kini boleh mula dibuat secara atas talian.


1. Untuk tujuan semakan kemasukan ke MRSM bagi  Tingkatan 1, sila klik disini



2. Manakala untuk semakan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 4, sila klik disini

 
 
Tahniah kepada semua yang berjaya.
 
 

Tuesday, January 1, 2013

Tuesday, July 10, 2012

SAINS TINGKATAN 3


M/P: SAINS TINGKATAN 3
GURU: CIK FATIMAH AINI

Biodata.

*Mengajar di SMK Jengka 2 sejak tahun 2000.

*Lepasan UKM dan KPLI di Maktab Batu Pahat BBA(H) Finance

*Mengajar sains Ting 2 dan 3 pada tahun 2012.


Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Pada bulan JANUARI mula buat ulangkaji topik Tingkatan 1

2. Bulan MAC dan APRIL ulangkaji topik Tingkatan 2

3. Soalan² latihan disediakan dan diedarkan kepada pelajar.Tindakan sususlan diambil..Pelajar lemah diajar secara berulang ulang sampai dapat.

4. Dalam kelas mengajar seperti yang dirancang dalam RPH Tingkatan 3.

5. Latihan atau penilaian kepada pelajar selalu dinilai dan disemak.

6. Buat latihan dari awal teknik menjawab soalan kertas 2 PMR.

7. Bantu pelajar supaya dapat markah soalan 7 dan 8 (Soalan jenis eksperimen kemahiran Proses Sains)

PERKONGSIAN PINTAR MATEMATIK



M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: CIK NUR FADHILAH BINTI JUSOH

Biodata.

*Mengajar di SMK Jengka 2 bermula 1/4/2006 dan sebelum ini mengajar di SMK Kg Awah pada 16/9/2003.

*KPLI di Maktab Perguruan K.Terengganu, Batu Rakit pada 2002/2003 dalam Matematik/Matematik Tambahan.

*BSc (Hons) Statistik (UKM)

Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Kelas 3A dan 3B digabungkan dan mewujudkan 2 kumpulan pelajar lelaki dan  
    perempuan untuk di kelas Tambahan

2. Malam selasa - di ASPURI dan malam khamis - di ASPURA, sesi ulangkaji form  
    1,2.

3. Bulan 6 mesti habiskan sukatan, selepas itu tumpukan kepada latih tubi PMR  
   Amalana...Ajar...Tulis...Padam...Buat Semula..

4. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekan pada kertas 1 sehingga
    mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2

5. Menanda dan menyemak kerja latihan pelajar adalah tugas wajib.Pelajar diberi
    ganjaran atau hadiah yang boleh mendatangkan keteguhan dan minat    
   mereka.Ada senarai semak yang dilantik dikalangan pelajar

PERKONGSIAN PINTAR MATEMATIK TINGKATAN 3


M/P: MATEMATIK TINGKATAN 3
GURU: PN NURHAYATI BIN ABDUL RAHMAN

Biodata

Mengajar Matematik di SMK Jengka 2 sejak tahun 2005
Lepasan Dip.ED MPKTBR
Sekarang mengajar Kelas 2 Alpha, 2 Dedikasi, 4 Alfa, 5 Alfa dan 5 Beta.


Pengisian Yang Boleh Dikongsi Bersama

1. Matematik Ting.3 kekuatan berada dalam kertas 2. Tajuk² utama adalah:
  a) Directed Number (Soalan no.1 & 2 dalam kertas 2) 
  b) Square Root & Cube Root, Square, Cube (Soalan No.3 dalam Kertas 2)
  c) Loci
  d) Geometrical Construction
  e) Statistic
  f) Graph Function

2. Sukatan pelajaran pada Jun sudah mencapai 3/4 dilaksanakan

3. Selepas peperiksaan pertengahan tahun STF ditekankan pada kertas 1 sehingga   
    mahir tanpa meninggalkan latihan kertas 2.

4. Semasa membuat penilaian kertas kerja latihan murid...
  a) Catatkan nama pelajar yang bermasalah untuk tindakan susulan
  b) Latihan yang diberi kepada pelajar berfokuskan masalah yang dikenalpasti
  c) Ujian dibuat selepas tamat sesuatu topic

5.  Menanda buku latihan dan kerja rumah pelajar mesti menjadi satu keutamaan  
    selain dari P&P.

6. Bilangan soalan yang dibekalkan kepada pelajar² "lebih daripada cukup"

7. Risik pelajar juga penting dalam cara nak tackle mereka

8. Nama pelajar mesti ingat.Ia umpama "tali" yang menghubungkan mereka.. 

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2012



Selamat Kembali Ke Sekolah Kepada Semua Pelajar SMK Jengka 2.

dan Selamat Menjalani Pembelajaran Di Sekolah Menengah kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang mula menjalani orientasi pada hari ini. 4/1/2012



Mulakan tahun baru ini dengan semangat dan azam baru untuk kebaikkan bersama.
Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan dan diharap agar tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas.. InsyaAllah

Thursday, April 1, 2010

Ujian Permata Pintar


UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).


Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Sesiapa yang berminat sila ayari laman web http://www.permatapintar.edu.my/