2013

Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

KEPUTUSAN STPM 2013



KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013.

Untuk makluman, keputusan STPM bagi tahun 2013 akan dikeluarkan pada 19 MAC 2014 (Rabu).

Semua calon boleh mula mengambil dan menyemak keputusan STPM 2013 di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari.

Selain itu, calon-calon juga boleh menyemak keputusan STPM 2013 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan cara :

taip:  STPM RESULT<jarak><No. Kad.Pengenalan> dan hantar ke 15888

Bagi tujuan semakan secara atas talian, sila layari Portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my  mulai jam 12.00 tengah hari 19 MAC 2014.


sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, March 17, 2014

KEPUTUSAN SPM 2013



UNTUK MAKLUMAN, KEPUTUSAN SPM BAGI TAHUN 2013 AKAN DIKELUARKAN PADA 20 MAC 2014. CALON BOLEH MULA MENGAMBIL KEPUTUSAN DI SEKOLAH MASING - MASING SELEPAS PUKUL 10.00 PAGI.

UNTUK TUJUAN SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI PERKHIDMATAN SMS, ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN CARA:
=  taip SMS jarakkan taip NO.ANGKA GILIRAN  dan hantar ke 15888

Untuk makluman, perkhidmatan ini akan mula diaktifkan pada jam 10.00Pagi 20 Mac 2014 hingga 11.59Malam 26 Mac 2014.

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday, December 17, 2013

Tuesday, December 10, 2013

RAYUAN KE SBP 2014 BAGI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1


UNTUK MAKLUMAN, E-RAYUAN  PERMOHONAN KE SBP UNTUK MEMASUKI KE TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2014 TELAH DIBUKA.SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KEPADA PARA PEMOHON YANG TIDAK BERJAYA, ANDA BOLEH MULA MENGEMUKAKAN RAYUAN DARI 10 DISEMBER HINGGA 24 DISEMBER 2013 DENGAN CARA MELAYARI LAMAN WEB http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan/

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Permohonan Ke SBP Tahun 2014


Untuk makluman, permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Sesi 2014 mula dibuka pada 1 September 2013.

Permohonan boleh dibuat melalui online melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan ini akan dibuka sehingga 15 Oktober 2013.

Untuk tujuan permohonan ke SBP bagi sesi 2014, sila klik disini.



sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

UNTUK TUJUAN SEMAKAN TAWARAN KE SBP UNTUK TAHUN 2014, ANDA BOLEH MULA MENGAKSES DI LAMAN SESAWANG http://www.moe.gov.my PADA RUANGAN APLIKASI BERKALA MULAI 10 DISEMBER 2013.

TAHNIAH PADA SEMUA YANG BERJAYA.

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Thursday, November 14, 2013

Thursday, November 7, 2013

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)



Tuesday, October 1, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2014


Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014.


Kepada para pelajar yang menduduki PMR pada tahun 2013 yang ingin memohon, permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 akan dibuka mulai 17 September 2013.

Syarat umum untuk membuat permohonan ke KV & SMT, anda hendaklah:
i) Warganegara
ii) Tingkatan 3 pada tahun 2013
iii) Bebas dari Penyakit Kronik
iv) Sihat dan sesuai fizikal

Permohonan boleh dibuat dengan cara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk tujuan permohonan ke KV & SMT bagi tahun 2014, sila klik disini

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2013.


Tuesday, August 27, 2013

Tuesday, July 2, 2013

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015


Untuk makluman, permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bagi sesi 2014/2015 bermula 1 JULAI 2013. Permohonan boleh dibuat sehingga 10 OKTOBER 2013. Kepada semua pemohon, sila baca syarat dan terma permohonan sebelum membuat permohonan. Anda boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083 atau dengan melayari laman sesawang http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/ jika mempunyai sebarang pertanyaan.

sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, April 17, 2013



SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SESI 2013/2014

Semakan kemasukan murid ke Tingkatan 6 bagi sesi 2013/2013 akan bermula pada:

Tarikh: 24 April 2013
Hari: Rabu

Untuk makluman, semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.



Friday, March 29, 2013

Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) Sesi Julai 2013


Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) Sesi Julai 2013 secara Online kini telah dibuka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPMa, anda boleh melayari laman http://apponline.mara.gov.my/upimonline/


Tarikh Permohonan bermula 1 MAC 2013 sehingga 7 APRIL 2013.


Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat termasuklah:

1. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangan.
2. Kolej Profesional MARA
3. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
4. German Malaysian Institute (GMI)
5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM)


SUMBER: http://www.mara.gov.my/
                   http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Monday, March 18, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012
 
Untuk makluman kepada semua calon Peperiksaan SPM 2012, keputusan Peperiksaan SPM 2012 akan dikeluar pada 21 MAC 2013 iaitu pada hari Khamis.
 
Calon-calon boleh mula menyemak dan mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
 
Selan itu juga, anda boleh menyemak keputusan SPM 2012 menggunakan perkhidmatan MySMS 15888 dengan cara:
 
Taip : SPM<jarak>No.KP<jarak>AngkaGiliran hantar ke 15888
 
Untuk perhatian,semakan keputusan SPM 2012 melalui perkhidmatan MySMS 15888 bermula pada pukul 10.00 pagi, 21/03/2013 sehingga 11.59 malam, 27/03/2013.
 
 
 

Thursday, March 14, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012
Untuk makluman kepada semua calon Peperiksaan STPM 2012, keputusan Peperiksaan STPM akan dikeluarkan pada 18 MAC 2013 iaitu pada hari Isnin.

Semua calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak melalui SMS dengan cara:
Taip  STPM RESULT<jarak>No.Kad Pengenalan  hantar ke 15888

Untuk tujuan semakan secara atas talian, anda boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12.00 tengah hari.


Monday, March 11, 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2013




Kepada semua pelajar yang memohon untuk memasuki MRSM, semakan ke Maktab Rendah Sains Mara untuk pengambilan 2013 kini boleh mula dibuat secara atas talian.


1. Untuk tujuan semakan kemasukan ke MRSM bagi  Tingkatan 1, sila klik disini



2. Manakala untuk semakan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 4, sila klik disini

 
 
Tahniah kepada semua yang berjaya.
 
 

Tuesday, February 19, 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2013







TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)
Ujian Bertulis 
10 September 2013  - 12 September 2013 (Selasa - Khamis)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH
- (PMR)
Ujian Bertulis 
2 Oktober 2013 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis) 
7 Oktober 2013 - 9 Oktober 2012 (Isnin - Rabu)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
- (SPM)
Ujian Bertulis
6 November 2013 - 29 November 2013
2 Disember 2013 - 5 Disember 2013

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
- (STAM)
Ujian Lisan : 8 Julai 2013 - 19 Julai 2013

Ujian Bertulis : 21 Oktober 2013 - 23 Oktober 2013
                      28 Oktober 2013 - 29 Oktober 2013

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) - (SPMU)

Ujian Bertulis
11 Jun 2013 - 12 Jun 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
29 April 2013 - 30 April 2013
2 Mei 2013 - 17 Mei 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
7 OKTOBER 2013 - 25 OKTOBER 2013
 
PENTAKSIRAN PUSAT PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
21 OKTOBER 2013 - 23 OKTOBER 2013




*Tarikh-tarikh berkenaan adalah  tertakluk kepada pindaan.


Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, January 16, 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013




SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH   
TAHUN 2013


UNTUK TUJUAN SEMAKAN TAWARAN, SILA KLIK DISINI


TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.





Monday, January 14, 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.
 
 
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.

SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia