matrikulasi

Showing posts with label matrikulasi. Show all posts
Showing posts with label matrikulasi. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015


Untuk makluman, permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bagi sesi 2014/2015 bermula 1 JULAI 2013. Permohonan boleh dibuat sehingga 10 OKTOBER 2013. Kepada semua pemohon, sila baca syarat dan terma permohonan sebelum membuat permohonan. Anda boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083 atau dengan melayari laman sesawang http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/ jika mempunyai sebarang pertanyaan.

sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Saturday, January 5, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILKA SESI 2013/2014




Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi,  Diploma dan Setaraf akan mula dibuka pada:


Tarikh : 7 Januari 2013
Hari: Isnin

Kepada semua pemohon, anda boleh mula mengakses sistem permohonan ini mulai jam 12.00 tengahhari.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:


Tarikh : 15 April 2013
Hari : Isnin

Jualan Nombor Unik ID oleh BSN akan bermula pada 7/1/2013 sehingga 15/4/2013.



Kemasukan bagi lepasan SPM dan setaraf adalah pada bulan JUN 2013 
manakala 
bagi lepasan STPM/Setaraf adalah pada SEPTEMBER 2013


sumber: http://upu.mohe.gov.my/

Friday, July 13, 2012

38,549 lepasan STPM, matrikulasi ditawar ke IPTA



PUTRAJAYA 13 Julai - Sejumlah 38,549 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi ditawarkan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa berkata, berdasarkan jumlah itu, 21,959 orang (57 peratus) adalah terdiri daripada aliran Sains dan 16,590 (43 peratus) pula daripada aliran Sastera.

"Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak hari ini mulai jam 12 tengah hari melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

"Semakan juga boleh melaui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


Tahniah kepada semua yang berjaya!!


Wednesday, July 4, 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2013/2014






Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm


sumber:Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, March 30, 2012

Semakan Kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013



Kepada semua calon yang memohon untuk kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013,
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi bagi Program Satu tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) boleh membuat semakan untuk kemasukan sesi 2012/2013

mulai 25 April 2012 hingga 31 Mei 2012

dengan cara:

1.  Dalam talian: melalui laman sesawang www.moe.gov.my

2.  SMS: taip MOE MAT (NO K/P) dan hantar ke 15888

Kepada mereka yang berjaya hendaklah mendaftar pada:
1. 28 Mei 2012

Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pada:
2. 21 Mei 2012

Bagi mereka yang tidak berjaya bolehlah membuat RAYUAN melalui laman sesawang mulai 25 April 2012 hingga 13 Mei 2012

Manakala semakan keputusan rayuan untuk kemasukan ke sesi 2012/2013 boleh dibuat bermula 7 Jun 2012 melalui:

1.  Dalam talian: melalui laman sesawang www.moe.gov.my

2.  SMS: taip MOE MAT (NO K/P) dan hantar ke 15888


Wednesday, October 12, 2011