votek

Showing posts with label votek. Show all posts
Showing posts with label votek. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2014


Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014.


Kepada para pelajar yang menduduki PMR pada tahun 2013 yang ingin memohon, permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 akan dibuka mulai 17 September 2013.

Syarat umum untuk membuat permohonan ke KV & SMT, anda hendaklah:
i) Warganegara
ii) Tingkatan 3 pada tahun 2013
iii) Bebas dari Penyakit Kronik
iv) Sihat dan sesuai fizikal

Permohonan boleh dibuat dengan cara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk tujuan permohonan ke KV & SMT bagi tahun 2014, sila klik disini

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2013.


Monday, September 24, 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2013


PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN KE Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik BAGI TAHUN 2014, SILA KLIK DISINI

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013

Untuk perhatian pelajar yang layak, permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 akan dibuka mulai 24 September 2012 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Disember 2012.

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:

    i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

 Untuk tujuan permohonan secara online, sila klik disini


Maklumat Permohonan Kemasukan

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web, KLIK DISINI atau;
    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

Untuk mengetahui senarai Sekolah dan Kolej boleh klik disini.
KEMASKINI.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini




Wednesday, October 19, 2011

Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah M.Teknik & S.M. Vokasional 2012


PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012

  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.
Untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan Kemasukan Ke Kolej Vokasional,Sekolah Teknik & Vokasional,
sila klik disini





sumber daripada Kementerian Pelajaran Malaysia @ http://www.moe.gov.my/bptv/



Tuesday, June 21, 2011

MINGGU VOTEK SEMPENA HARI KOPERASI SMK JENGKA 2 2011


MINGGU TEKNIK  & VOKASIONAL(VOTEK) SEMPENA HARI KOPERASI SMK JENGKA 2 2011
TARIKH: 13 JUN 2011 - 22 JUN 2O11
TEMPAT: SMK JENGKA 2
ANJURAN: BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL


Objektif:
1.Memperkenalkan subjek di bawah Votek dan berkaitan dengannya
2.Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat.
3.Menarik minat setempat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti.


Program.
1. Reka Cipta Jahitan -  ERT
2.Rawatan Kecantikkan -  ERT
3.Pertandingan Memasak Tajaan ADABI - Katering&Penyajian Makanan
3.Pertandingan Powerpoint -  ICT
4.Pertandingan "PC Assembly"-  ICT
5.Pertandingan Agrotek -  Sains Pertanian
6.Kuiz Akaun - Prinsip Akaun
7.Kuiz Pengguna - 13/6/11 - 17/6/11
8.Gubahan Tuala - KHB
9.Rekacipta elektronik - KHB