sekolah

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, April 11, 2016

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6



UNTUK MAKLUMAN, SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SESI 2016 BOLEH MULA DIBUAT PADA 14 APRIL 2016.

KEPADA SEMUA CALON LEPASAN SPM 2015, ANDA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN DI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MELALUI LAMAN www.moe.gov.my

sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, January 22, 2015

RAYUAN KE KV DAN SMT SESI 2015



Untuk makluman,

bagi calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran untuk kemasukan ke KV dan SMT bagi sesi Januari 2015, anda boleh membuat rayuan mulai 27 JANUARI 2015 hingga 28 FEBUARI 2015.

Anda boleh rujuk laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Thursday, November 7, 2013

Thursday, October 17, 2013

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014



TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday, September 17, 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Kemasukan Tahun 2014


Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014.


Kepada para pelajar yang menduduki PMR pada tahun 2013 yang ingin memohon, permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 akan dibuka mulai 17 September 2013.

Syarat umum untuk membuat permohonan ke KV & SMT, anda hendaklah:
i) Warganegara
ii) Tingkatan 3 pada tahun 2013
iii) Bebas dari Penyakit Kronik
iv) Sihat dan sesuai fizikal

Permohonan boleh dibuat dengan cara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk tujuan permohonan ke KV & SMT bagi tahun 2014, sila klik disini

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2013.


Thursday, March 14, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012
Untuk makluman kepada semua calon Peperiksaan STPM 2012, keputusan Peperiksaan STPM akan dikeluarkan pada 18 MAC 2013 iaitu pada hari Isnin.

Semua calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak melalui SMS dengan cara:
Taip  STPM RESULT<jarak>No.Kad Pengenalan  hantar ke 15888

Untuk tujuan semakan secara atas talian, anda boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12.00 tengah hari.


Monday, March 11, 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2013




Kepada semua pelajar yang memohon untuk memasuki MRSM, semakan ke Maktab Rendah Sains Mara untuk pengambilan 2013 kini boleh mula dibuat secara atas talian.


1. Untuk tujuan semakan kemasukan ke MRSM bagi  Tingkatan 1, sila klik disini



2. Manakala untuk semakan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 4, sila klik disini

 
 
Tahniah kepada semua yang berjaya.
 
 

Tuesday, February 19, 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2013







TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)
Ujian Bertulis 
10 September 2013  - 12 September 2013 (Selasa - Khamis)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH
- (PMR)
Ujian Bertulis 
2 Oktober 2013 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis) 
7 Oktober 2013 - 9 Oktober 2012 (Isnin - Rabu)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
- (SPM)
Ujian Bertulis
6 November 2013 - 29 November 2013
2 Disember 2013 - 5 Disember 2013

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
- (STAM)
Ujian Lisan : 8 Julai 2013 - 19 Julai 2013

Ujian Bertulis : 21 Oktober 2013 - 23 Oktober 2013
                      28 Oktober 2013 - 29 Oktober 2013

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) - (SPMU)

Ujian Bertulis
11 Jun 2013 - 12 Jun 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
29 April 2013 - 30 April 2013
2 Mei 2013 - 17 Mei 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
7 OKTOBER 2013 - 25 OKTOBER 2013
 
PENTAKSIRAN PUSAT PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
21 OKTOBER 2013 - 23 OKTOBER 2013




*Tarikh-tarikh berkenaan adalah  tertakluk kepada pindaan.


Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, January 14, 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013.
 
 
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.

SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia

Saturday, January 5, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILKA SESI 2013/2014




Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi,  Diploma dan Setaraf akan mula dibuka pada:


Tarikh : 7 Januari 2013
Hari: Isnin

Kepada semua pemohon, anda boleh mula mengakses sistem permohonan ini mulai jam 12.00 tengahhari.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:


Tarikh : 15 April 2013
Hari : Isnin

Jualan Nombor Unik ID oleh BSN akan bermula pada 7/1/2013 sehingga 15/4/2013.



Kemasukan bagi lepasan SPM dan setaraf adalah pada bulan JUN 2013 
manakala 
bagi lepasan STPM/Setaraf adalah pada SEPTEMBER 2013


sumber: http://upu.mohe.gov.my/

Tuesday, January 1, 2013

Friday, December 21, 2012

Tuesday, October 9, 2012

Thursday, September 27, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Sesi 2013 Semenanjung Malaysia.



Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk Tahun 2013 akan mula dibuka pada 1 Oktober 2012.

Pemohon boleh membaca iklan kemasukan di laman web http://www.mara.gov.my ataupun dengan cara klik DISINI

Untuk tujuan permohonan secara atas talian, anda boleh terus ke pautan permohonan dengan cara klik DISINI

Tarikh akhir permohonan secara atas talian adalah pada 19 Oktober 2012

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya 26 Oktober 2012.

Pemohon boleh mula menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Febuari 2013. Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

 
Kemaskini.
Untuk tujuan semakan keputusan, sila klik disini.

Tuesday, May 22, 2012

KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA: KERJAYA GURU TERUS DIMARTABAT


Ismail Abdul Muttalib diiringi Baharum Samat (dua dari kiri) bersalaman dengan para guru pada majlis perasmian Hari Guru Daerah Maran di SMK Jengka 2, Maran, Pahang, kelmarin. 

MARAN 20 Mei - Profesion perguruan akan terus dimartabat menerusi pelbagai bentuk insentif dan proses penambahbaikan perkhidmatan pendidikan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan guru.

Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, usaha memartabat profesion perguruan adalah proses berterusan yang menjadi agenda utama kerajaan sejajar dengan peranan guru sebagai penjana utama transformasi negara.


''Ini membuktikan kerajaan sangat menghargai keringat guru yang menabur bakti tanpa rasa jemu bagi melahirkan generasi baru yang berpendidikan, rasional dan bersyukur.

''Dedikasi seseorang guru sangat dituntut supaya semua proses transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan cemerlang. Ini akan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara pada masa depan yang gemilang," katanya.


Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat daerah Maran yang turut dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 di sini semalam.


Beliau menegaskan, bidang pendidikan sememangnya diletakkan pada kedudukan istimewa dalam pentadbiran negara menerusi penyediaan peruntukan yang besar dalam bajet tahunan kerajaan.


Justeru ujarnya, sistem pendidikan negara adalah yang terbaik di Asia seperti dalam aspek prasarana, kebajikan guru, kemudahan pendidikan dan sebagainya.


Tegasnya, kejayaan dan kecemerlangan pendidikan negara tercapai hasil komitmen tinggi para pendidik yang fokus terhadap aspek pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah.


Beliau turut mengingatkan para guru menjadi model yang boleh dicontohi bukannya terikut dengan amalan segelintir daripada mereka yang menentang arus walaupun pelbagai nikmat telah diperoleh.


''Di samping itu, peranan ibu bapa sangat dituntut kerana pengaruh mereka juga penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak," katanya.


Tambah Ismail, ibu bapa perlu menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat seperti memberi sumbangan secara langsung kepada sekolah.


Ujar beliau, sumbangan itu boleh disalurkan melalui pelbagai kegiatan sukarela yang natijahnya dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah.

Arkib   : 21/05/2012

Monday, May 21, 2012