Thursday, February 16, 2017

KEJAYAAN ANAK-ANAK FELDA SMKJ2


 Tahniah dan syabas kepada Nurul Aina Syafiqah  dari kelas 5 Beta
kerana mendapat tempat ke 2 peringkat Negeri dalam acara permainan catur .
Melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

"Pahang age group chess championship "

Mohd.Isyraf bin Khairul Zamzuri dari kelas 3 Dahlia mendapat
 tempat ke 6 peringkat Negeri Pahang


Nor Farahin Izzati bt Ruzlan dari kelas 3 Mawar berjaya mendapat 
tempat ke 4 dalam kejuaraan Ping Pong peringkat Daerah. Beliau akan
meneruskan perjuangan ke peringkat Negeri ( MSSP ) di Cameron Highland, Pahang.


 Mohd Hakimi bin Azman dari kelas 5 Beta berjaya melayakkan diri 
ke peringkat Negeri dalam acara Ping Pong.
Bakal berentap peingkat MSSP di Cameron Highland Pahang.

GPK kokurikulum iaitu En.Rosmawi bin Hassan menyarungkan medal 
sebagai penghargaan kepada peserta.

SMKJ2
....Pencetus kejayaan pelajar...
"cemerlang akademik dan cemerlang Kokurikulum"

Wednesday, February 15, 2017

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR MSSD MARAN TAHUN 2017


Pasukan Bola Tampar Smkj2 berjersi biru sedang menyusun strategi bagi 
memastikan kejuaraan milik mereka.


Pasukan perempuan team B bawah 15 tahun


Pasukan Team B sedang memulakan aksi di pentas perlawanan dengan penuh semangat.

Pasukan bola tampar  Team A bawah 17 tahun bergambar kenangan bersama jurulatih hebat Smkj2
iaitu En.Mohd Hamka bin Hj.Mohd Nasir dan En.Azrol Farham bin Ab Aziz

Jurulatih sedang membakar semangat para pemain bagi memastikan pemain sentiasa
beraksi dengan penuh semangat.
GPK kurikulum iaitu Tuan Haji Darussalam bin Haji Taib turut sama turun padang 
untuk memberi motivasi kepada para pemain.

Aksi seorang jurulatih dan Pentadbir bagi memastikan kejuaraan berpihak kepada Team Smkj2


Jurulatih sedang mengatur strategi bersama para pemain

En.Mat Nasir bin Mat Ja'eb selaku setiausaha kokurikulum sekolah 
merupakan 'orang kuat' bagi  mengurus dan memastikan aktiviti kokurikulum 
di sekolah berjalan lancar.

En.Nor Khairi bin Talib menerima penghargaan daripada Pengetua

Pengetua Smkj2 menyampaikan sijil penghargaan kepada pemenang


Barisan pentadbir yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Mereka adalah pemimpin hebat selaku 'Tulang Belakang' bagi semua aktiviti di sekolah.


Suasana sekitar aksi perlawanan sedang berlangsung di gelanggang bola tampar
sekolah.

Pasukan lawan dari sekitar sekolah daerah Maran sedang beraksi lincah di 
atas gelanggang.


Pasukan Team A smkj2 sedang berentap di atas gelanggang.


Suasana sekitar perlawanan sedang berlangsung.


Pasukan perempuan beraksi di gelanggang Bola Tampar di asrama Smkj2


Bergambar kenangan dengan pasukan dari sekolah lain setelah tamat perlawanan.
Sekalung Tahniah diucapkan 
kepada para pemain kerana berjaya mendapat 

tempat ke 3 bagi pasukan Team A lelaki 
dan
 tempat ke 4 bagi pasukan Team B perempuan.

Antara pemain yang terpilih ke MSSP di Raub:

1. Ahmad Husaini bin Baharuddin ( 5 Beta )
2. Amirul Hakimi bin Zamri ( 5 Alfa )
3. Mohd.Danial Haikal bin Khairul Anuar ( 4 Sigma )
4. Anis Anisa bt.Ishak ( 3 Mawar )
5. Nur Amalina bt. Kamal (4 Beta )

Tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih yang telah berusaha keras 
melatih para pemain handalan Smkj2.

"SMKJ2 selaku Tuan Rumah Perlawanan Bola Tampar ( MSSD Maran ) Tahun 2017"

Tahniah dan Syabas SMKJ2..!
"terus maju dan cemerlang"












Monday, February 13, 2017

PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2017


          Program dirasmikan oleh Pengetua sekolah smkj2

Antara guru- guru yang hebat berjaya hadir ke sekolah paling awal mendapat 
penghargaan daripada Pengetua Smkj2
antaranya ialah
1. Puan Hjh.Maimunah bt Mustafa
2.Cik Zaharah bt Hussin
3. Pn.Intan Shuhada bt Masri
4.En.Mohd.Azaman bin Mohd Tahar


Pengetua turut memberikan penghargaan dan cenderahati 
 sempena sambutan "Hari Lahir Guru" pada setiap bulan
Antara guru yang bertuah pada bulan Januari hingga Februari 
ialah : 
1. En.Mazlan bin Mohd Mustapha
2. En.Hairul Bahri bin Zahari
3. En.Azman bin Halim
4. Pn.Nordiah bt Abdul Hair



11 orang pelajar target SPM tahun 2017

MAJLIS PENYERAHAN TSHIRT KEPADA PELAJAR PUSAT PEMBELAJARAN SAINS ( PPS ) SMKJ2


Secara rasminya Pengetua mengumumkan Tshirt PPS akan digunakan oelh pelajar PPS 
pada setiap hari Khamis mulai 9 Februari 2017



 Antara pelajar-pelajar cemerlang dan guru PPS Smkj2 tahun 2017



Majlis penyerahan tshirt Rasmi PPS oleh Pengetua 
kepada setiap Ketua Tingkatan

Wednesday, February 8, 2017

Monday, April 11, 2016

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6



UNTUK MAKLUMAN, SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SESI 2016 BOLEH MULA DIBUAT PADA 14 APRIL 2016.

KEPADA SEMUA CALON LEPASAN SPM 2015, ANDA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN DI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MELALUI LAMAN www.moe.gov.my

sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, January 18, 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN KE KV & SMT AMBILAN 2016



UNTUK TUJUAN SEMAKAN KEPUTUSAN, SILA KLIK DISINI


Semakan bermula 18 Januari 2016 sehingga 25 Januari 2016.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.


sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, January 22, 2015

RAYUAN KE KV DAN SMT SESI 2015



Untuk makluman,

bagi calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran untuk kemasukan ke KV dan SMT bagi sesi Januari 2015, anda boleh membuat rayuan mulai 27 JANUARI 2015 hingga 28 FEBUARI 2015.

Anda boleh rujuk laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Tuesday, January 20, 2015

SEMAKAN KE KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2015



UNTUK MAKLUMAN,

SEMAKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BOLEH MULA DIBUAT BERMULA 20 JANUARI 2015.

UNTUK TUJUAN SEMAKAN, PEMOHON BOLEH MENGAKSES KE LAMAN SESAWANG BERIKUT:
               http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_semakan2015/


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMOHON YANG BERJAYA..


Friday, August 29, 2014

Friday, March 28, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa SESI JULAI 2014




Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Mara (IPMa) telah mula dibuka pada 4 MAC 2014 secara atas talian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPMa, anda boleh melayari laman sesawang http://apponline.mara.gov.my/upimonline.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 APRIL 2014.

sumber: http://apponline.mara.gov.my/upimonline

Wednesday, March 19, 2014

KEPUTUSAN STPM 2013



KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013.

Untuk makluman, keputusan STPM bagi tahun 2013 akan dikeluarkan pada 19 MAC 2014 (Rabu).

Semua calon boleh mula mengambil dan menyemak keputusan STPM 2013 di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari.

Selain itu, calon-calon juga boleh menyemak keputusan STPM 2013 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan cara :

taip:  STPM RESULT<jarak><No. Kad.Pengenalan> dan hantar ke 15888

Bagi tujuan semakan secara atas talian, sila layari Portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my  mulai jam 12.00 tengah hari 19 MAC 2014.


sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, March 17, 2014

KEPUTUSAN SPM 2013



UNTUK MAKLUMAN, KEPUTUSAN SPM BAGI TAHUN 2013 AKAN DIKELUARKAN PADA 20 MAC 2014. CALON BOLEH MULA MENGAMBIL KEPUTUSAN DI SEKOLAH MASING - MASING SELEPAS PUKUL 10.00 PAGI.

UNTUK TUJUAN SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI PERKHIDMATAN SMS, ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN CARA:
=  taip SMS jarakkan taip NO.ANGKA GILIRAN  dan hantar ke 15888

Untuk makluman, perkhidmatan ini akan mula diaktifkan pada jam 10.00Pagi 20 Mac 2014 hingga 11.59Malam 26 Mac 2014.

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday, January 21, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILKA 2014



Untuk makluman kepada semua lepasan STPM/Setaraf, SPM/Setaraf dan SKM, anda boleh mula membuat permohonan untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik Konvesional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA mulai:

20 JANUARI 2014 (ISNIN) sehingga 7 APRIL 2014(ISNIN).

Kepada semua pemohon, anda semua boleh mengakses sistem permohonan ini bermula 12.00 tengahari.

Jualan Nombor Unik ID oleh BSN juga bermula 20 Januari 2014 sehingga 7 April 2013.

sumber: http://upu.mohe.gov.my/